Siswa Pantau adalah salah satu produk inisiatif Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina). Kami melihat hari ini, kita kelompongan medium yang mengumpul berita-berita berkait mahasiswa dan universiti. Kesannya, mahasiswa hari ini kurang cakna terhadap isu-isu mahasiswa dan universiti yang berlaku disekitarnya.
Atas dasar itu, kami mengambil inisiatif ini untuk mengumpulkan berita-berita berkait mahasiswa dan universiti di dalam mahupun luar negara. Dengan konsep kompilasi berita yang dipantau, mahasiswa bukan sahaja mudah untuk membaca berita, tetapi mereka juga mampu cakna terhadap isu-isu yang dipantau.
Barisan Editor

Wafiq Azman
Ketua Editor

Irdina Hakimah
Editor

Iqmal Haziq
Editor

Nadhratul Hana’
Penolong Editor

Wan Mohd Amir
Penolong Editor
Apa kata pembaca
“Beritanya ringkas, mudah dan pantas untuk dibaca.”
Salehuddin Asyraf
UiTM Shah alam
“Dulu saya kurang cakna isu mahasiswa, tapi dengan adanya Siswa Pantau, saya mula sedar apa isu mahasiswa yang berlaku di dalam dan luar negara”
Mastura Amy
UIAM
“Inisiatif yang baik dari Pembina”
Bilal Jailani
Orang awam