Categories
Artikel

Graduan perlu jadi ‘Innovator’ untuk berdepan cabaran industri masa depan

Menurut YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia menyatakan kadar pengangguran di Malaysia menunjukkan pengurangan sebanyak 4.5 peratus menjelang akhir tahun 2020. Menurut beliau lagi , pengurangan ini berlaku kerana inisiatif Penjana yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat sepanjang tempoh wabak COVID-19 ini.

Walaubagaimanapun, Isu pengangguran sememangnya merupakan sebuah dilema yang melanda tanah air bahkan di peringkat dunia sekalipun dan situasi ini bertambah kritikal apabila dunia berdepan dengan wabak pandemik COVID-19. Kita melihat rata-rata rakyat Malaysia kehilangan sumber pendapatan sebagaimana yang dilaporkan di dalam akhbar.

Salah satu pendekatan yang boleh diberi perhatian bagi mengekang permasalahan pengangguran adalah menerusi pemerkasaan kemahiran dalam diri mahasiswa dan graduan. Berikut ialah kemahiran-kemahiran yang signifikan pada tahun 2020 sehingga tahun 2022 yang perlu dibangunkan dalam kalangan mahasiswa dan graduan berpandukan laporan daripada pelbagai agensi dan badan-badan kajian terkemuka dunia yang berfokus dalam membangunkan kebolehpasaran dan peluang pekerjaan.

Antaranya ialah Linkedin telah mencadangkan 15 senarai kemahiran (soft skills dan hard skills) dan bidang yang perlu dikuasai pada tahun 2020 berdasarkan rangkaian mereka yang terdiri lebih daripada 660 juta individu profesional dan 20 juta pekerjaan.

Antara kemahiran (softs skills) yang menjadi perhatian kebanyakan syarikat ialah seperti kreativiti, kemahiran kolaborasi dan lain-lain. Manakala hard skills pula ialah berfokuskan kepada keusahawanan dan kemahiran digital.

Selain itu, terdapat dapatan yang menarik daripada The World Economic Forum menerusi The Future Jobs Report” yang telah memaparkan senarai kemahiran yang diperlukan menjelang tahun 2018 sehingga 2022 dan kebanyakannya berpusat kepada:

  1. Kemahiran berfikir secara analitikal dan kritikal
  2. Kemampuan menyelesaikan masalah kompleks
  3. Kreativiti
  4. Kemahiran kepimpinan

Berbeza dengan trend sebelum ini yang dikategorikan fasa “declining” menurut the World Economic Forum iaitu kemahiran membaca, mendengar, menulis, kemahiran menguruskan kewangan, pengunaan teknologi dan lain-lain.

Perbezaan ketara yang dapat dirumuskan ialah fasa akan datang menuntut warga dunia menjadi “innovator” dengan mencipta peluang pekerjaan tersendiri dan bukan lagi menjadi sekadar pengguna.

Untuk menjadi golongan yang berdaya saing dalam mencipta sesuatu yang baharu memerlukan kepada pengamalan budaya berfikir secara kritis dan budaya inilah perlu diterapkan. Kebelakangan ini kita melihat pelbagai cadangan yang diajukan untuk membantu mahasiswa dan graduan bebas daripada kemelut pengangguran adalah dengan mengimplementasikan kurikulum yang berfokus kepada bidang keusawahanan. Tidak kurang juga galakan untuk mahasiswa dan graduan menceburkan diri dalam bidang digital.

Berdasarkan bacaan laporan, setiap pembinaan kemahiran yang lain sewajarnya perlu berpusatkan kepada kemahiran berfikir secara kritikal bagi meluaskan dimensi potensi dalam diri mahasiswa dan graduan.

Kemahiran berfikir secara kritis dan merungkaikan permasalahan kompleks antara yang signifikan untuk dibangunkan dalam diri mahasiswa dan graduan bahkan dalam kalangan masyarakat secara umumnya.
Adapun kemahiran berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan konflik dalam sesebuah syarikat hanyalah salah satu skop dalam pengimplementasian dan merupakan satu nilai tambah yang sangat bermanfaat.

Namun, perlu diingatkan berfikir secara kritikal sepatutnya tidak bersifat sempit dengan hanya terhad kepada memenuhi kehendak industri semata-mata.

Rujukan:
https://www.weforum.org/agenda/2020/08/the-four-skills-to-make-the-world-better-after-covid-19/

https://www.linkedin.com/business/learning/blog/top-skills-and-courses/the-skills-companies-need-most-in-2020and-how-to-learn-them

https://www.theedgemarkets.com/article/govt-sees-unemployment-rate-down-45-year-end-says-saravanan

*Nur Irdina Hakimah binti NorAzali merupakan Editor Siswa Pantau dan JK Kajian Pembina (Khidir Institute)

________________________________________

Ingin menghantar penulisan anda kepada kami?
Hantarkan tulisan anda ke siswapantau@gmail.com

Ikuti Channel SISWA PANTAU untuk dapatkan informasi terkini yang lebih menarik
https://t.me/siswapantau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *