Categories
Artikel

Liberalisme: Sistem Manusia yang Gagal

Di Amerika, pada saat dunia bemati-matian menentang wabak COVID-19, mereka masih sibuk memikirkan kepentingan peribadi. Ratusan penduduk menyertai tunjuk perasaan di beberapa bandar Amerika Syarikat (AS), bagi membantah perintah berkurung disebabkan wabak COVID-19. Bantahan ini juga berlaku susulan Presiden Amerika membuat ciapan “LIBERATE” Michigan, Minnesota dan Virginia” di laman akaun twitter nya. Mereka yang terlibat dengan bantahan ini dikatakan berdiri rapat antara satu sama lain sebagai tanda protes kepada social distancing dan perintah berkurung.

Apabila sesebuah negara yang ditadbir oleh pemimpin yang hanya memikirkan agenda nafsi-nafsi dan berdasarkan satu sistem olahan manusia, hasilnya adalah kekacauan. Falsafah sesebuah negara akan menentukan cara sesebuah pentadbiran negara itu diurus. Lihatlah di Amerika apabila liberalisme dan humanisme menjadi nukleus dan teras pentadbiran, maka bantahan sebeginilah antara manifestasi hak kebebasan dizahirkan.

Agenda liberalisme sememangnya menjadikan manusia individualistik. Nilai kemanusiaan diangkat sehingga menyingkirkan kepentingan manusia lain dan lebih parah apabila peranan Tuhan juga diketepikan dalam kehidupan. Mengimbas kembali bantahan yang dilakukan oleh rakyat Amerika pada ketika ini menimbulkan satu persoalan, adakah nyawa atau material ekonomi yang lebih penting bagi mereka.

Tunduk dan taat bukan beerti kita sempit. Barat melihat tunduk itu adalah suatu hal yang tidak bebas, sempit dan merasakan liberal itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik bagi mencapai kebebasan mutlak. Namun, ternyata liberal yang dianggap solusi, menambahkan lagi rencah masalah. Bertambah parah apabila kebebebasan yang difahami adalah bebas melakukan apa sahaja dan ianya merupakan hak masing-masing.

Islam adalah agama fitrah dan merupakan satu sistem yang syumul dalam kehidupan manusia. Manusia hilang sumber ketenangan apabila berpaling daripada fitrah yang sebenar iaitu tunduk kepada Allah. Begitulah realiti yang digambarkan di dalam Al-Quran, umat manusia hidup dalam kesesatan dan kegelapan apabila berpaling daripada Allah Taala.

Apabila nafsu yang menguasai manusia maka lama-kelamaan ia menyingkirkan rasa ubudiyah (taat) kepada Allah dan akhirnya , merasakan dirinya adalah tuhan. Ini yang terjadi kepada Firaun apabila mengaku dirinya adalah Tuhan sebagaimana firman Allah di dalam Surah An-Naziat: 24 “Aku adalah tuhan kalian yang tertinggi, maka kalian tidak boleh taat kepada selainku.”Pengakhirannya Firaun yang angkuh diseksa dengan azab ,mati ditenggelamkan laut.

Satu perkara perlu kita ingat ,taat kepada Allah bukanlah erti kita tidak bebas. Tanda seorang manusia itu bebas adalah apabila dia tunduk kepada Allah. Sistem yang dicipta oleh manusia pastinya ada titik kelemahan apatah lagi apabila ianya berlandaskan nafsu dan kepentingan peribadi.

Manusia adalah hamba kepada Allah Yang Menciptakannya, masakan seorang hamba menjadi lebih hebat berbanding Penciptanya?

Bersyukurlah dengan nikmat Islam yang merupakan akar pentadbiran tanah air kita, Malaysia.

Rujukan:

  1. https://www.dailymail.co.uk/news/article-8243493/Donald-Trump-says-anti-lockdown-protesters-social-distancing-face-evidence-not.html
  2. https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/04/678989/penunjuk-perasaan-bantah-perintah-berkurung
  3. https://t.me/FauziAsmuni
  4. http://fokus.my/definisi-kemanusiaan-hari-ini-terlalu-eksklusif-dan-tidak-bersifat-sejagat/

*Nur Irdina Hakimah binti NorAzali merupakan Editor Siswa Pantau dan Pelajar Tahun 3 Usuluddin dan Perbandingan Agama UIAM

________________________________________

Ingin menghantar penulisan anda kepada kami?
Hantarkan tulisan anda ke siswapantau@gmail.com

Ikuti Channel SISWA PANTAU untuk dapatkan informasi terkini yang lebih menarik
https://t.me/siswapantau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *