Categories
Artikel

Mampukah Ekonomi Malaysia Pulih Pasca Covid?

Kegawatan (recession) ekonomi Malaysia itu sudah pasti berlaku. Tapi ramai yang masih kabur tentang bilakah ekonomi kita akan pulih. Jika ekonomi pulih sekalipun, apakah bentuk-bentuk pemulihan ekonomi kita selepas ini. Samada ia berbentuk ‘V’, ‘U’ atau yang lagi parah berbentuk ‘L’.

Kita ambil contoh negara Republik China. Jika taktik ‘draconian measures’ itu benar-benar berjaya membendung Covid-19 secara total, tak pelik kalau saya kata ekonomi China umpama bola yang melantun. Bila bola itu jatuh ke lantai, dengan sekelip mata, bola tersebut akan melantun kembali ke atas. Ia berbentuk ‘V shape’. Yang pasti, itulah bentuk pemulihan ekonomi China pasca Covid-19.
Hal ini kerana China menyelesaikan krisis kesihatan terlebih dahulu dengan cara yang lebih radikal.

Tambahan pula dengan harga minyak serendah 30 USD setong dalam tempoh yang agak lama, China berpeluang mengimport minyak sebanyak-banyaknya daripada Venezuela. Bekalan minyak (stock pile) tadi boleh jadi ‘jumper start’ kepada industri-industri gergasi mereka yang hampir 3 bulan tidak beroperasi. Jadi tak hairanlah, China dengan senang hatinya bagi bantuan besar seperti face mask, ventilator dan ubat-ubatan kepada beberapa buah negara termasuk Malaysia, negara Afrika, Itali, Sepanyol dan juga Perancis. Sebaliknya, US pula menghentikan dana bantuan sebanyak 4.8 billion USD kepada WHO.

Malaysia ada peluang yang cerah untuk membendung wabak Covid-19 ini lebih awal. Kadar kesembuhan COVID-19 di Malaysia adalah 56.5%. Lebih tinggi daripada peratusan global (21.3%). Tahap pengurusan Malaysia dipuji oleh WHO dan media-media antarabangsa yang lain. Kadar kematian juga rendah iaitu sebanyak 1.64% berbanding negara-negara maju seperti US(3.2%), UK (11.15%), Jepun (2.18%) dan Perancis (9.45%).

Bursa saham Malaysia juga telah melepasi paras 1,400 mata berbanding Januari 2020 iaitu 1,250 mata. Ini bermakna para pelabur berasa yakin dengan cara pengurusan kerajaan yang sangat cekap. Tambah-tambah pula Tan Sri Abdul Wahid baru dilantik sebagai Pengerusi Bursa Malaysia.

Peribahasa Melayu ada sebut, masa itu emas. Jika Malaysia pulih daripada wabak ini lebih awal berbanding negara-negara lain, kita juga dapat recover ekonomi dengan lebih awal. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia mesti fokus untuk menyelesaikan wabak Covid-19 terlebih dahulu. Selepas itu, barulah sama-sama kita fokus pulihkan ekonomi.

Pada pasca Covid-19, kemanakah kita nak bawa ekonomi Malaysia? Adakah kita masih selesa bergantung dengan komoditi getah dan sawit semata-mata tanpa buat sebarang perubahan? Dunia telah masuk fasa ‘new normal’. Fasa baru bermakna, demand side juga turut berubah. Jadi, Malaysia harus ‘reset’ semula ekonomi secara makro.

Saya nak fokus industri asas tani kerana ia secara tak langsung bagi kesan yang besar kepada food security kita. Kita masih lagi ‘net importer’ kepada produk gandum, ikan, daging, dan banyak lagi. Tiada gunanya kita memiliki khazanah petroleum yang lumayan, jika keperluan asas makanan kita masih bergantung dengan negara luar.

  1. Beras: Akibat kemarau, Vietnam menghentikan eksport beras ke Malaysia Februari dan Mac 2020. Bukan setakat Vietnam, Kazakhstan dan Ukraine juga menghentikan eksport gandum di Asia kerana bekalan makanan yang tidak cukup. Selain itu, Kemarau juga bagi kesan kepada petani tempatan. Paling mengejutkan pakar menjangkakan padi hanya akan dituai sekali pada tahun ini. Rata-rata pesawah mengalami kerugian yang besar akibat kemarau lebih-lebih lagi musim Covid-19. Perkara yang paling aku risau ialah harga beras akan naik nanti akibat kekurangan supply.
  2. Sejarah pasal tuai padi dua kali setahun. Kerajaan melaksanakan Projek Pengairan Muda sebanyak RM400 juta pada 1970. Tujuannya adalah untuk petani meningkatkan pengeluaran sebanyak dua kali ganda setahun. Tapi, pembangkang masa itu mengkritik hebat kerajaan. Mereka anggap cara tersebut melanggar fitrah alam, sawah sepatutnya berhak untuk berehat, dan paling melucukan mereka kata kain sarung petani akan sentiasa basah. Oleh itu, kerajaan harus memikirkan idea dan kajian kepada penghasilan beras tempatan yang banyak.
  3. Sawit: Kita menyaksikan permintaan dunia ke atas sawit semakin meningkat. Dengan minyak sawit kita berupaya innovate bahan mentah kepada pelbagai jenis produk. Fokus saya ialah sabun dan biodiesel20 (B20). Kini, hampir seluruh dunia cakna akan kebersihan diri dengan membasuh tangan mereka sekerap yang mungkin. Jadi, permintaan sabun juga akan meningkat. Selain itu, Biodiesel(B20) pula ialah campuran komposisi diesel sebanyak 80% dan sawit 20%. Kerajaan harus mengurangkan kebergantungan hasil petroleum dengan menggunakan minyak sawit sebagai bahan alternatif.
  4. Saya yakin kita boleh meningkatkan komposisi sawit daripada B20 kepada B60. Ini kerana, pada Disember 2018, Malaysia hanya menghasilkan B3 (Diesel 97%, Sawit hanya 3%). Selepas itu, ia meningkat kepada B7. Pada masa itu, Indonesia telah lama guna B20. Kini, Malaysia baru guna B20 manakala Indonesia sedang guna B30.
  5. Getah: Permintaan sarung tangan getah meningkat. Agensi getah harus mainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keluaran getah Malaysia. Ini kerana, Malaysia ialah negara yang memonopoli sarung getah dunia.
  6. Sayur-sayuran: video viral petani terpaksa buang hasil mereka seperti cili, timun . Petani terpaksa buang hasil mereka kerana demand yang rendah daripada penduduk tempatan. Sejak kawalan pergerakan diperketatkan, banyak petani kecil henti production. Jika mereka nak restart semula production, ia makan masa, contoh cili 3-6 bulan. Kita mungkin akan hadapi supply shock. Supply akan terhenti seketika dan menyebabkan harga sayur-sayuran mungkin meningkat.
  7. Buluh: Saiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah USD68.8 bilion pada 2018. Malangnya, Malaysia hanya menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018. Oleh itu perladangan secara komersial perlu diperkasa. Felda juga main peranan yang penting dalam penanaman buluh ini. Felda harus melangkah dengan lebih berani untuk cari pasaran yang baru. Mungkin isu penanaman buluh dipolitikkan secara membabi buta, tapi apa yang kita nampak potensi buluh ini amat lumayan kepada negara.

Kesimpulannya, Malaysia harus bangun segera dengan langkah yang lebih tersusun selepas Isu Covid-19 ini. Kita ada matlamat dan peluang yang lebih besar untuk menjadi “V shape”.

Rujukan:

  1. Dato’ Sri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Deputy President UMNO, https://www.facebook.com/118486628162416/posts/3172874279390287/?sfnsn=mo
  2. https://themalaysianreserve.com/…/daim-the-future-of-malay…/
  3. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
  4. Doctor In The House, Tun Mahathir Mohamad

Amirul Karim merupakan Editor Pena Ar-Rashid dan Pelajar Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan UIAM

*Tulisan ini mula dipaparkan di Facebook Peribadi Saudara Amirul Karim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *